Memiliki emas fizikal adalah terbaik berbanding akaun emas |
Penurunan harga adalah kerana pasaran emas berlaku pembetulan harga. Ini berlaku apabila pelabur menjual kebanyakan emas mereka untuk mengambil keuntungan hasil kenaikan emas. Jadi harga emas turun kepada harga asal iaitu harga yang tidak terlalu dipengaruhi oleh faktor pelaburan. Penduduk China yang merupakan antara pembeli utama juga tidak aktif membeli ketika itu. Mungkin rasanya mereka menjual emas mereka dan bercuti untuk sambut tahun baru cina agaknya. :)
Selepas itu emas kembali naik. Ini berlaku apabila pelabur mula membeli emas kembali pada harga rendah dan kesedaran untuk memiliki emas telah meningkat. Penduduk China dan India antara negara yang membeli emas dengan banyak. Permintaan untuk emas telah meningkat dengan kadar yang cepat sedangkan pengeluaran tidak meningkat secepat permintaan. Bayangkan jika seluruh penduduk dunia nak beli emas, pasti harga emas naik ke paras yang tak mampu yang jangka buat masa ini.
Kesimpulannya, harga emas sudah kembali aktif dan 2011 akan menyaksikan kenaikan demi kenaikan yang berterusan terutama sekali kerana nilai wang kertas yang jatuh. Sekian.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment