Monday, March 28, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (3)

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah

Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan.  Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka  perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin.

Tahukah Anda Apa Itu Polisi 'Pecah dan Perintah'?

Tuesday, March 22, 2011

Beberapa ayat menyebut Emas dan Perak di dalam al-Quran

Di bawah adalah antara beberapa ayat al-Quran yang menyebut emas dan perak, namun tidak ada ayat menyebut ringgit, dollar dan mata wang yang lain. Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan mengambil peringatan dan penghayatan dari ayat-ayat yang diturunkan untuk kita mengenai harta dunia dan perbandingan nikmat syurga dalam usaha untuk mencapai keredhaan Ilahi.

Sunday, March 13, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (2)

Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah

Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan. (Gelaran ‘Orang Sakit Eropah’ telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak  mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka.

Gerakan Turki Muda

Tuesday, March 8, 2011

Zakat Emas dan Perak

Jika kita ada simpanan emas yang banyak, jangan lupa bayar zakat ye..

Islam mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Ini kerana sifat-sifat emas dan perak yang unik dan banyak manfaat.
Oleh itu, zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Zakat Emas

Saturday, March 5, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (1)

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah  Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari)  As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa  saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Khalifah Abdul Hameed II

Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi  Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).

Sultan Abdul Hamid II