Sunday, April 24, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (5)


Penyingkiran dan usaha memburukkan Abdul Hameed

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, negara menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh barat khususnya gerakan Al-Ittihad Wa At-Turaqqi.  Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan di Turki. Di  antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Usmani.

Sunday, April 17, 2011

Beberapa hadis yang menyebut tentang emas, dinar, perak dan dirham

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya - lalu dapat segera merdeka, sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu itu." (Riwayat Muslim)

Sunday, April 10, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (4)

Usaha Sultan Abdul Hamid Dalam Pembangunan dan Kesatuan Umat

Sultan Abdul Hamid berpandangan bahawa “tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan kita mempunyai mutu dan kekuatan yang membolehkan kita mencapai pemulihan yang sepenuhnya. Kita tidak mempunyai ramai rakan tetapi negara ini mestilah menjadi negara yang terbaik kerana banyak negara yang ingin merebutnya dan menjalankan dasar yang semata-mata untuk memburukkan kita sehingga kita mudah menjadi mangsa mereka.” Beliau tekun menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara. Semua surat yang dikirim kepadanya dibacanya sendiri dan beliau menyusun sebarang dokumen dengan teratur hinggakan dikatakan beliau boleh mencari dokumen-dokumen tersebut dengan mudah walau pun dalam keadaan gelap. (h. 317, Contantinople)

Sunday, April 3, 2011

Perbezaan Memiliki Emas Fizikal Dan Akaun Pelaburan Emas

Kebaikan Akaun Pelaburan Emas (GIA / Gold Saving Passbook)

  1. Beza harga jual dan harga beli rendah. Sekitar 4% sahaja.
  2. Mudah untuk menjual dan membeli. Hanya pergi ke mana-mana cawangan bank yang berkenaan atau secara 'online'.
  3. Risiko kecurian adalah 'zero'.
  4. Harga boleh dipantau di laman web Maybank atau Public Bank.