Sunday, February 27, 2011

Apa itu emas?

Emas adalah salah satu daripada elemen kimia. Simbol kimia emas ialah Au dan nombor atom emas ialah 79.Ciri-ciri utama emas adalah tidak bereaksi  dan boleh dibentuk.  Tidak bereaksi bermakna emas tidak bertindak balas dengan bahan kimia yang lain. Emas tidak boleh berkarat dan malah asid terkuat tidak memberikan kesan. Oleh itu, emas kekal selama-lamanya – dan sentiasa berkilau sepanjang masa!

Emas sentiasa berkilau

Emas mempunyai banyak kegunaan industri, tetapi sepanjang sejarah penggunaannya, emas telah digunakan untuk barang kemas dan duit – kedua-duanya adalah penyimpan nilai. Emas telah digunakan sebagai penyimpan nilai untuk sekurang-kurangnya 5000 tahun. Emas ditimbang dan harga disebut dalam "Troy Ounces" dan Gram. Sebagai contoh kemampuan emas untuk menyimpan nilai, 2000 tahun lalu satu ounce emas boleh membeli satu set pakaian yang berkualiti. Hari ini satu ounce emas masih boleh digunakan untuk membeli pakaian dari bulu yang berkualiti dengan baki untuk membeli beberapa helai baju, tali leher, beberapa seluar dalam, stoking, sepasang kasut dan tali pinggang!

Emas juga dipanggil "barometer of fear." Apabila manusia khuatir terhadap ekonomi – mereka beralih kepada emas dan menawar harga yang tinggi. Dua perkara yang membuatkan manusia khuatir terhadap ekonomi adalah deflasi dan inflasi. Kebanyakan berfikir bahawa deflasi ialah “kejatuhan harga” dan inflasi ialah “kenaikan harga”. Sebenarnya, kenaikan dan kejatuhan harga hanyalah tanda-tanda. Penyebab utama adalah pengurangan (deflasi) atau penambahan (inflasi) duit kertas. Emas mempunyai keupayaan yang mengagumkan untuk menyimpan nilai semasa deflasi atau inflasi.

Cara yang betul dalam berfikir untuk memiliki emas ialah sebagai jaminan. Emas ialah penyimpan nilai yang tidak terikat pada keadaan ekonomi. Tidak seperti saham syarikat atau bon kerajaan – emas sentiasa mengekalkan nilainya. Kegunaan emas yang paling penting ialah jaminan terhadap matawang kertas (fiat) negara yang kita duduki. Hampir setiap negara mempunyai sekurang-kurangnya satu “krisis matawang” dalam seratus tahun yang lalu. Mereka yang mempunyai sebahagian kekayaan dalam emas terselamat. Malangnya ramai yang melihat wang simpanan mereka menjadi tidak bernilai – di hari-hari yang akan datang.

Jadi, fikirkan emas sebagai jaminan. Jangan berfikir bahawa emas sebagai cara untuk “membuat duit”. Jangan cuba dan “tunggu pasaran”. Lebih baik membeli emas dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit, setiap bulan sebagai contoh, selama tempoh yang diinginkan. Peratus jumlah kekayaan anda untuk ditukarkan kepada emas ialah keputusan peribadi anda dan bergantung pada situasi individu. 

Jangan bimbang tentang menjual emas apabila masa itu tiba. Emas diiktiraf dan berharga di seluruh dunia. Lebih mudah untuk menjual emas daripada membeli emas! Sudah tentu emas boleh digunakan dalam pertukaran atau perniagaan seperti yang telah berlaku beribu tahun yang lalu.

Sebagai ringkasan, emas ialah polisi jaminan terhadap ekonomi yang tidak menentu. Emas boleh melindungi terhadap deflasi dan inflasi. Setiap orang harus menyimpan sebahagian daripada kekayaan dalam bentuk emas sekiranya boleh.

No comments:

Post a Comment