Monday, November 1, 2010

Masa Usia Kita

Ramai manusia bercerita tentang masa. Masa untuk makan, berniaga, bekerja, beribadat, menulis, makan, berhibur dan sebagainya. Apa itu masa?. Pernahkah kita berfikir tentang masa-masa kita yang telah berlalu?.

Masa adalah detik-detik yang sentiasa berlalu. Manakala waktu adalah jangka masa antara suatu detik dengan detik yang akan tiba. Di dunia ini, masa yang berlalu ialah sejarah dan kenangan yang telah terjadi, masa sekarang ialah anugerah dan peluang yang boleh digunakan dan masa hadapan ialah cita-cita dan harapan yang tidak ada kepastian.

Allah menegaskan bahawa manusia pasti akan mengalami kerugian jika tidak menjaga masa, kecuali 4 golongan:
  1. Orang yang BERIMAN
  2. Orang yang BERAMAL soleh
  3. Orang yang MENASIHATI dalam KEBENARAN
  4. Orang yang MENASIHATI dalam KESABARAN
Sebagaimana firman Alah dalam surah Al-Ashr ayat 1-3 :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Surah di atas menekankan bahawa hidup adalah kumpulan waktu. Sesiapa yang tidak mampu menggunakan waktu akan dijamin rugi. Namun, orang-orang seperti inilah yang banyak berkeliaran di dunia ini sekarang sehingga menimbulkan situasi yang kelihatan seperti biasa tapi jika difikirkan keadaan ini amatlah pelik dan ganjil.

Rasulullah pernah bersabda, "Perumpamaan orang yang mengingat Allah dengan orang yang tidak mengingat-Nya seperti orang yang hidup dengan yang mati." (HR Bukhari)

Rasulullah juga pernah bersabda, "Ada dua nikmat, dimana banyak oarang yang tertipu dengan keduanya: nikmat sihat dan waktu lapang". (HR Bukhari)

Oleh itu waktu yang kita ada di dunia ini adalah kunci kita untuk sukses dalam hidup di dunia dan akhirat. Janganlah kita menggunakan masa lapang dan waktu sihat kita seperti orang yang mati; tiada manfaat malah seperti tiada di dunia ini. Marilah kita ambil inspirasi dari surah al-Ashr di atas sebagai momentum untuk memanfaatkan waktu agar tergolong dalam 4 golongan di atas.

Wassalam

No comments:

Post a Comment