Mari kita buka fikiran kita sebentar. Letak dihadapan mata anda emas yang anda miliki atau pinjam daripada ibu atau isteri. Di sebelah emas itu anda letak wang kertas anda yang sama nilai dengan emas tadi. Adakah sebenarnya wang kertas tadi benar-benar sama nilainya dengan emas tadi? Jawapannya mesti tidak.

Bawalah 50gram emas ke mana2 negara dalam dunia ini pasti ianya bernilai. Tetapi jika dibawa wang kertas Ringgit Malaysia pasti tidak bernilai di negara lain. Tidak laku untuk transaksi barangan dan perlu ditukar kepada wang kertas negara tersebut.
Emas adalah lambang kebesaran dan kehebatan, kita dapat lihat dalam kisah firaun dan raja Parsi. Seangkuh-angkuh firaun yang menggelar diri sebagai raja, diletakkan emas diatas kepalanya. Kisah-kisah kekayaan dahulu adalah berkaitan emas.

Jika semua rakyat Malaysia tahu kelebihan emas, letaklah 1 dinar dan wang kertas yang sama nilai untuk membeli seekor kambing. Pasti fitrah manusia itu akan memilih emas berbanding kertas yang dijadikan "bernilai" oleh kerajaan-kerajaan dunia sekarang.
Wassalam
Hebat akhi, dah ada blog sendiri - ana menunggu anta menjadi dealer : Tapi ana dapat maklum dari PG anta sudah diregister di bawah PG dan tidak boleh berada dalam Rangkaian Emas Naufal.Sbbnya masa anta beli emas pertama dulu depa kata ana belum dealer dan tak layak menjadi introducer masa tu. Never mind - we won't be in the same line but no harm working together. This is not MLM.
ReplyDelete