Sunday, November 14, 2010

Sepanjang Saya Membeli Emas, Sudah Untungkah Saya?

Artikel emas saya kali adalah perkongsian pengalaman saya membeli emas. Kali pertama saya membeli emas adalah pada Julai 2010. Mari kita lihat pergerakan harga emas dalam 6 bulan yang lepas.
Kali pertama saya membeli sekitar awal Julai, harga ketika itu agak tinggi sekitar USD1200 per ounce kerana saya masih baru. Melihat harga emas kemudian jatuh agak banyak sehingga USD1160, saya rasa rugi. Adakah saya silap membeli? Jawapannya TIDAK.

Ini kerana harga emas yang saya lihat itu adalah pergerakan jangka masa pendek. Namun sudah tentu sesipa yang berpengetahuan akan beli pada paling rendah. Setelah emas itu saya simpan sehingga hari ini. Haa.. Lihat harga emas bulan November. Mencecah USD1400 per ounce. Saya memang tak rasa rugi membeli pada bulan Julai lalu apabila melihat harga sekarang jauh lebih tinggi. Tidak sampai 6 bulan lagi saya membeli sudah nampak hasil.

Jom kita lihat pergerakan harga emas dalam setahun pula.
Dalam setahun ini, peningkatan emas adalah dalam USD300. Wah... banyaknya..
Dari Nov 2009 - Nov 2010, emas naik dalam 27%. Saham-saham di Bursa Malaysia dan ASB pun tidak mampu memberi pulangan seperti ini.

Tentu anda fikir harga emas sekarang sudah mahal. Sudah lewat untuk membeli. Saya katakan TIDAK untuk itu. Kita masih berada dalam zon awal kesedaran mengenai emas ini. Rebutlah peluang sebelum anda tidak mampu lagi menukar wang-wang kertas anda kepada emas.

Kesimpulannya, kita masih berada di peringkat awal. Masih belum terlambat untuk menukar kekayaan anda dari bentuk wang kertas kepada emas. Sebaik-baiknya simpanan kita untuk lebih dari setahun kita tukarkan kepada emas, hanya keperluan jangka pendek kita simpan wang kertas. Jangan lupa bayar zakat agar harta kita berkat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment