Tuesday, March 7, 2017

Renew Roadtax & Insurans (Takaful) Online dan Nikmati 15% Rebat Tunai

Dengan Takaful Malaysia, insurans kereta anda tidak hangus 100%. 

Nikmati 15% rebat tunai jika tiada tuntutan dalam tahun tersebut. 

Whatsapp 0194031220 untuk quotation percuma. Service delivery roadtax juga disediakan.



Sunday, March 22, 2015

Perkhidmatan Jurugambar / Photographer di Perak

Saya menyediakan perkhidmatan jurugambar secara part-time untuk majlis perkahwinan (wedding photographer) dan acara pentas & umum (stage & public events) sekitar kawasan Bota, Parit, Seri Iskandar, Tronoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Gelung Pepuyu dan sekitarnya.






Harga upah + 1 pendrive berisi gambar:
1 hari acara : RM500
2 hari acara : RM900

Album atau frame gambar tambahan boleh disediakan dengan caj tambahan.

Sedia berunding harga servis mengikut kemampuan atau kehendak servis anda.

Sila hubungi melalui:
Email: hamiemanagement@gmail.com
Phone: 0194031220

Iklan juga ada di website mudah: http://www.mudah.my/Khidmat+Jurugambar+Photographer+Service-32449243.htm#s5kSpVrStbrBGFDt.99

Sunday, November 3, 2013

5 Cara Istiqamah Tilawah Al-Quran Harian

Membaca Al-Quran atau tilawah Al-Quran merupakan satu ibadah di dalam Islam. Menurut hadis, satu huruf jika dibaca bersamaan 10 pahala atau 10 kebaikan. Itu pahala bacaan, bagaimana pula dengan pahala bacaan yang disertakan dengan penghayatan dan diamalkan?
Selaku kitab hidayah dan peringatan, umat Islam digalakkan menjadikan tilawah Al-Quran sebagai amalan harian yang memberi panduan, peringatan, petunjuk dan motivasi dalam mendepani cabaran kehidupan.

Sunday, October 27, 2013

Melayu Sepakat Islam Berdaulat (3)

Adakah mungkin Ketuanan Melayu ada bermaksud bahawa kekuasaan, pemerintahan mesti dipelihara oleh bangsa yang duduk di tanah tersebut?

Saturday, June 15, 2013

Memikir-mikirkan Keagungan Makhluk-makhluk Allah Ta'ala Dan Rosaknya Dunia Dan Kesukaran-kesukaran Di Akhirat

Dalam usaha kita menjadi seseorang yang bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah, kita disarankan supaya melihat dan berfikir mengenai ciptaan-ciptaan Allah yang sangat mengagumkan. Dengan ini, kita akan menjadi kagum dan seterusnya tunduk pada kekuasaan Allah.

Allah Ta'ala berfirman:

"Katakanlah: Hanyasanya aku hendak menasihati kepadamu sekalian perkara satu saja, iaitu supaya engkau sekalian berdiri di hadapan Allah berdua-duaan atau sendiri-sendiri, kemudian engkau sekalian memikirkan bahawa bukanlah kawanmu itu terkena penyakit gila. Tidaklah kawanmu itu melainkan seorang yang memberikan peringatan kepadamu sekalian sebelum datangnya seksa yang amat sangat." (Saba': 46)

Monday, May 13, 2013

Melayu Sepakat Islam Berdaulat (2)

Bila kita menyebut Melayu, kerap kali masyarakat mengaitkannya dengan istilah ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu. Adakah slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat menafikan hak orang lain dalam masyarakat Malaysia di negara kita ?

Pertama sekali hendak dilihat di sini tentang istilah ketuanan Melayu itu sendiri. Istilah ini sebenarnya tidak mempunyai satu rujukan yang disepakati, berkaitan takrif dan definasinya, sehingga perbahasan dan pandangan mengenainya bercanggah-canggah antara satu pihak dengan pihak yang lain disebabkan definasi yang berbeza-beza. Bagi pihak ISMA, kita melihat isu ketuanan Melayu ini dari aspek yang tertentu.

Monday, November 26, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (4)

BAHAYA KEPADA AKHLAK

Kebiadaban dan penghinaan

Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar daripada Nabi S.A.W. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali : “Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.” [Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5, hlm. 511.].

Saturday, November 10, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (3)

BAHAYA KEPADA SYARIAT

Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan al-Qur‟an dan as-Sunah.

Jika al-Qur‟an menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” [Surah an-naml: 39] “Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain” [Surah al-An „am: 164], “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” [Surah al-Muddatsir: 38], “Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka” [Surah al-Muddatsir: 41-42], “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” [Surah al-Furqan: 68-70], maka Syiah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.

Friday, November 9, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (2)

BAHAYA KEPADA AQIDAH

Aqidah Syirik Dengan Allah

Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”(al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409) Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Qur‟an yang berbunyi :

"إن الأرض لله وٌثرها من شٌآء من عباده" (Surah al-„Araf: 128)
Maksudnya :
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya”.

Sunday, November 4, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (1)

MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”(Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.)

Saturday, May 19, 2012

Melayu Sepakat Islam Berdaulat (1)

Apa perjuangan ISMA dan mengapa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat diwujudkan ?

     ISMA tidak mengideologikan Islam itu. Perjuangan dan fikrah ISMA ialah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam bentuknya mudah tanpa ditambah ataupun dikurangkan. Kita menerima Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana wahyu itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan dibawa oleh baginda kepada para sahabat dan seterusnya sampai kepada generasi kita sekarang, itulah Islam yang dibawa oleh ISMA.

Sunday, February 5, 2012

Bacaan Shalawat Kepada Rasulullah s.a.w.

Negara kita, Malaysia adalah antara sebuah negara Islam yang menyambut Maulidur Rasul sebagai memperingati kehadiran Rasulullah dalam kenikmatan Islam yang kita kecapi hari ini. Saya ingin berkongsi sedikit ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan supaya kita perbanyakkan selawat ke atas baginda.

Allah Taa'la berfirman:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya menyampaikan shalawatnya kepada Nabi (yakni Nabi Muhammad). Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah shalawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (al-Ahzab: 56)

Friday, January 20, 2012

Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan

Hanya Allah yang mampu menilai setiap kebaikan yang dilakukan oleh hamba-hambanya. Oleh itu, jangan kita bimbang untuk melakukan kebaikan malah ini merupakan motivasi kepada kita untuk lebih beramal soleh. Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya." (al-Baqarah: 215)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan apa saja yang engkau semua lakukan dari kebaikan, pasti Allah Maha Mengetahuinya." (al-Baqarah: 197)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu, maka Ia akan mengetahuinya - di akhirat nanti memperolehi balasannya." (az-Zalzalah: 7)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Barangsiapa yang melakukan amal shalih, maka perbuatannya Itu akan menguntungkan dirinya sendiri." (al-Jatsiyah: 15)
Ayat-ayat yang berhubungan dengan bab ini amat banyak sekali.

Amal : Bekalan di hari kebangkitan

Saturday, December 10, 2011

Bersegera Kepada Kebaikan Dan Menganjurkan Kepada Orang Yang Menuju Kebaikan Supaya Menghadapinya Dengan Sungguh-sungguh Tanpa Keragu-raguan

Allah Ta'ala berfirman:
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan." (al-Baqarah: 148)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan bersegeralah engkau sekalian menuju pada pengampunan dari Tuhanmu dan juga memasuki syurga yang luasnya adalah seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." (ali-lmran: 133)

Sunday, December 4, 2011

SEJARAH DAN KEUTAMAAN PUASA `ASYURA

Sekarang kita berada di bulan Muharram, pada awal tahun baru hijriyah. Berdasarkan dalam beberapa hadis, terdapat anjuran daripada Rasulullah SAW kepada umat Islam untuk berpuasa pada tanggal sepuluh bulan Muharram. Tanggal sepuluh bulan Muharram biasa disebut dengan Hari ’Aasyura (Hari kesepuluh bulan Muharram).

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa pada hari ’Asyuura. Lalu beliau bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari itu. Mereka pun menjelaskan bahawa hal itu untuk memperingati hari dimana Allah SWT telah menolong Nabi Musa as bersama kaumnya dari dikejar Firaun dan bala tenteranya. Bahkan pada hari itu pula Allah telah menenggelamkan Firaun disebabkan kezalimannya terhadap Bani Israil. Mendengar penjelasan itu, maka Nabi SAW pun menyatakan bahawa ummat Islam jauh lebih berhak daripada kaum Yahudi dalam mensyukuri pertolongan Allah kepada Nabi Musa as. Setelah itu, baginda pun menganjurkan kepada kaum muslimin agar berpuasa pada hari ’Asyuura.


Saturday, December 3, 2011

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA


Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Thursday, December 1, 2011

Adab Bersedekah

1. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).

2. Ikhlas dalam bersedekah. Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sekedah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.

Friday, November 25, 2011

Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

Allah Ta'ala berfirman:
‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)
Allah Ta'ala berfirman pula:
لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم
"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian." (al-Haj: 37)
Allah Ta'ala berfirman pula:
‏قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
"Katakanlah - wahai Muhammad, sekalipun engkau  semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-lmran: 29)

Saturday, October 29, 2011

Taubat

Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, iaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga -dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.

Thursday, September 29, 2011

Yakin dan Tawakkal

Tawakkal tanpa usaha lebih dulu adalah salah dan keliru menurut pandangan Islam. Usaha mengelakkan kita berasa kecewa dan hampa dengan tidak berbuat apa-apa manakala tawakkal menjadikan diri kita bersyukur dengan keputusan/ganjaran yang diterima sebagai keputusan terbaik dari Allah setelah berusaha.

Tawakal pada Allah