1. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
2. Ikhlas dalam bersedekah. Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sekedah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
3. Mendahulukan sedekah yang wajib. Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud: "...dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya..." (Riwayat al-Bukhari)
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, untuk memerdekakan hamba, yang berhutang, yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir." (Surah al-Tawbah : 60)
6. Bersedekah dangan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan pahala.
7. Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..." (Surah al-Baqarah : 264)
8. Wajib atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t. ke atas dirinya kerana Allah memebrikan rezeki yang lebih.
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku. Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali." (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment