Sunday, November 4, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (1)

MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”(Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.)

Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang dikenali dengan gerakan Ibnu Saba‟ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan
perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota
masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orangorang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran
Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.

Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba‟ itu? Apakah fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu?

Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini. Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Qur‟an dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan  jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka.

Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
عَنْ أَبِ هُرَ رٌَْةَ عَنْ النَّ بِ صَلَّى اللََُّّ عَلَ هٌِْ وَسَلَّمَ قَالَ لََ لٌُْدَغُ الْمُإْمِنُ مِنْ جُحْرٍوَاحِدٍ مَرَّتَ نٌِْ
Maksudnya :
“Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. Sabdanya : Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.” (Sahih Muslim, Kitab Zuhdi wa al-raqaa‟iq, bab La yuldaghu al-mukminu min hujrin waahidin maratain, no hadith : 2998.)

Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟ mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah S.A.W. sepeninggalan Baginda S.A.W. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuhmusuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. (Kitab Rijal al-Kasyi, hlm.108.)

Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal. 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lainlain.

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain.

Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang
dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak
begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka sebagai ajaran Islam.
Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah :
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِ نٌِ الْحَقِّ لِ ظٌُْهِرَهُ عَلَى الدِّ نٌِ كُلِّهِ وَلَوْكَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Maksudnya :
“Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur’an) dan agama yang benar
untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya”.

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf
Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara
Jabatan Agama Islam Selangor

No comments:

Post a Comment