SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.
Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.
Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian.”