
Sama-sama kita berfikir sejenak perkara ini. Wang kertas yang kita miliki sudah tentu mudah musnah seperti sehelai kertas walaupun berkualiti tinggi. Boleh dimusnahkan dengan dikoyak berkali-kali, digunting kecil-kecil atau dibakar menjadi abu. Kertas juga boleh reput dan dimakan serangga. Bayangkan apa yang berlaku pada wang kertas dalam simpanan kita jika berlaku kebakaran.

Jadi saya ringkaskan ciri-ciri fizikal wang kertas, dinar dan dirham(emas dan perak):
Wang kertas:
1) Boleh dikoyak
2) Boleh digunting
3) Boleh dibakar
4) Boleh reput
5) Boleh bertukar kedalam bentuk lain (contohnya: abu kertas)
Dinar dan dirham:
1) Boleh diguris, dicalar, dibengkok dan dikemek
2) Tidak terbakar
3) Tidak pudar
4) Tidak reput
5) Kekal dalam bentuk emas atau perak jika dileburkan
Kesimpulannya, emas dan perak mempunyai kelebihan yang nyata berbanding wang kertas kita miliki hari ini. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir dalam bentuk apa kekayaan yang kita miliki hari ini ingin kita simpan. Dalam bentuk wang kertas atau emas dan perak? InsyaAllah selepas ini saya akan kupas kelebihan nilai emas dan perak berbanding wang kertas pula.
Wassalam
No comments:
Post a Comment