Tuesday, September 28, 2010

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan

Saya ingin berkongsi tentang konsep bersyukur dan berterima kasih. Banyak pendapat mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya atau seorang yang hebat, kita perlu tahu untuk bersyukur. Bukan bersyukur yang dibuat-buat, tetapi rasa syukur dan berterima kasih dengan penuh keikhlasan.



Mengapa bersyukur boleh memberi kesan terhadap kita sehingga mampu mencipta kejayaan?

Ini kerana perasaan syukur yang penuh ikhlas merupakan asas yang menghasilkan persepsi yang positif di dalam diri kita. Perkara penting yang perlu kita tahu bahawa setiap perkara yang kita rasakan dan fikirkan merupakan hasil olahan minda kita sendiri. Semua itu tidak lain dan tidak bukan merupakan persepsi kita terhadap dunia, bukan dunia itu sendiri terhasil seperti setiap persepsi kita.

Sekiranya kita sentiasa membiasakan diri kita dengan selalu mengucapkan terima kasih dan bersyukur tentang perkara-perkara kecil, maka tanpa disedari kita semakin terbiasa untuk menerima hal-hal positif . Dan dengan ini akan menghasilkan diri kita yang baru. Iaitu diri yang lebih positif.

Mempunyai minda yang positif, inner soul yang baik ianya akan menggambarkan keadaan di dalam diri ke luar diri kita. Dengan mempunyai minda yang positif dan persepsi-persepsi yang positif, Ianya akan membantu kita mengatasi segala hal yang negatif dari luar diri kita.

Dengan minda dan perasaan yang positif, ianya akan menarik perkara-perkara yang positif. Pendek kata, semakin tinggi nilai persepsi diri yang positif, kita akan menjadi lebih positif, dan seterusnya akan menjadi magnet bagi setiap perkara yang kita inginkan.

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, perbanyakan rasa bersyukur seperti yang dianjurkan oleh pencipta kita dalam surah:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78


Wassalam

No comments:

Post a Comment