Sunday, September 19, 2010

Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.

Menunaikan janji adalah suatu tindakan terpuji sedangkan menyelisihi dan tidak menepatinya merupakan tindakan yang tercela. Allah ta’ala telah memuji Nabi Isma’il karena beliau adalah seorang yang jujur dalam menunaikan janji,

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi” (Maryam: 54).

Oleh itu, kita perlulah menunaikan janji kita agar tergolong dalam golongan orang yang terpuji. Sesungguhnya janji-janji kita adalah kewajipan yang perlu kita tanggung seperti yang dinyatakan dalam ayat dibawah,

Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya. (Al Israa': 34

Terdapat beberapa bahagian dalam menepati janji yang ingin saya kongsikan:

1-Menunaikan janji terhadap Allah

Ia lebih kepada janji seorang muslim itu untuk melaksanakan segala hukum Allah dalam al-Quran seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji agar tidak dilabelkan Allah sebagai orang munafik.

2- Menunaikan janji terhadap Rasulullah

Iaitu berjanji untuk mengikut segala tunjuk ajar baginda, menghidupkan sunnah-sunnahnya bagi meraih tempat terbaik di sisi Nabi pada hari kiamat.

3- Menunaikan janji terhadap kedua ibu bapa

Untuk menjadi anak-anak yang solih semasa kehidupan keduanya ataupun selepas kematian mereka.

4- Menunaikan janji sesame manusia

Menepati waktu ketika berjanji dengan tidak melewatkan masa, kerana kelewatan masa akan menjejas kredibilitinya begitu juga dalam perkara berhutang, hendklah dia berniat untuk melunaskannya dan niatnya itu akan ditunaikan Allah.

5- Menunaikan janji pada diri sendiri


Berjanji untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik, bukan sahaja sebagai seorang Islam, malah berusaha untuk meningkatkan diri untuk menjadi insan yang beriman dan seterusnya bertakwa kepada Allah dalam tingkah lakunya, ibadatnya, seluruh hidupnya, matinya adalah hanya untuk Allah SWT sahaja.

Oleh itu, setiap tindakan yang kita buat perlu disandarkan kepada Islam, pasti ia akan dipancari dengan roh Islam termasuklah dalam isu menepati janji sesama manusia.

Wassalam

No comments:

Post a Comment