Friday, November 9, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (2)

BAHAYA KEPADA AQIDAH

Aqidah Syirik Dengan Allah

Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”(al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409) Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Qur‟an yang berbunyi :

"إن الأرض لله وٌثرها من شٌآء من عباده" (Surah al-„Araf: 128)
Maksudnya :
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya”.

Allah berfirman lagi :
"لله ملك السموات والأرض" (Surah al-Hadid: 2)
Maksudnya :
“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi…..”

Allah menyatakan sifatnya dalam al-Qur‟an sebagai yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman-Nya :
"هو الأول والأخر والظاهر والباطن" (Surah al-Hadid: 3)
Maksudnya :
“Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”

Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata :
" انا الأول وانا الأخر وانا الظاهر وانا الباطن وانا وارث الأرض" (Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211)
Maksudnya :
“Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi….”

Sedangkan Allah berfirman :
" انا نحن نرث الأرض ومن عل هٌا" (Surah Maryam: 40)
Maksudnya :
“Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya”.

Al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir berkata : “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.”11. Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja‟far as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata : “Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.” (Kitab al-Hujjah min al-kafi, hlm. 197)

Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :
" كل شىء هالك الَ وجهه" (Surah al-Qashash: 88)
“Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya…”
meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: “Kamilah wajah Allah itu.”

Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk : “Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun”. Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang.” (Ibid, hlm. 261.)

Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. (Al-Kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah
Islamiyyah, hlm. 441.)

Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Qur‟an:
اٌَ أَ هٌَُّا النَّبِ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللََُّّ لَكَ (Surah at-Tahrim: 1)
Maksudnya :
“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu”.

Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata : “Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah kepada makhluk-Nya.” (Op.cit, hlm. 285)

Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :
قُلْ لَ عٌَْلَمُ مَنْ فِ السَّمَاوَاتِ وَ اْلََ رْضِ الْؽَ بٌَْ إِلَ اللََّّ (Surah al-Naml:65)
Maksudnya :
“Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah”.

Di sinilah Syiah menyekutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib.

Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada‟.

Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba‟.

Bada‟ bermakna :
(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :
وَبَدَا لَهُمْ مِنَ اللََِّّ مَا لَمْ كٌَُونُوا حٌَْتَسِبُونَ (Surah az-zumar: 47)
Maksudnya :
“Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka”.
(b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :
ثُمَّ بَدَا لَهُ مْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا ال اٌَتِ لَ سٌَْجُنُنَّهُ حَتَّى حِ نٌٍ (Surah Yusuf: 35)
Maksudnya :
“Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti
memenjarakannya hingga ke suatu masa”.

Kesimpulannya Bada‟ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada‟. Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: “Aku mendengar ar-Ridha A.S. berkata : “Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-Bada‟.” (Al-kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 148.)

Hakikat Bada‟ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja‟afari katanya : “Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan A.S. sepeninggalan anaknya Abu Ja‟afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja‟afar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Ja‟afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja‟afar). Tibatiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata : “Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu
Ja‟afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah.” (Ibid, hlm. 327)

An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja‟afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja‟afar pun berkata : “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada‟) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hlm. 84)

Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada‟ ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth A.S. juga bimbang akan berlaku Bada‟ pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk menyeksa kaumnya supaya menyegerakan penyeksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku
sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu :
Luth berkata kepada mereka : “Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?”
Para Malaikat menjawab : “Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke atas mereka pada dinihari nanti.”
Nabi Luth berkata : “Aku ada hajat dengan kamu.”
Mereka Tanya : “Apakah hajatmu itu?”
Nabi Luth berkata : “Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga kerana aku bimbang akan berlaku Bada‟ kepada Tuhanku tentang mereka.”
Para malaikat berkata : “Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu sudah hampir?”(al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5 hlm. 546)

Al-Bada‟ mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata : “Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang menyamai al-Bada‟.” (Opcit, hlm. 146.)

Daripada Ja‟afar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata : “Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al-Bada‟.” (Ibid)

Dari Ja‟afar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata : “Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan dan mempercayai al-Bada‟ tentulah mereka tidak jemu-jemu memperkatakannya.” (Opcit, 148)

Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah S.W.T. dan menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman :

وَأَنَّ اللَََّّ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَ ءًٍْ عِلْمًا (Surah at-Talaq:12)
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.

Firman Allah S.W.T.. :
وَاللََُّّ بِكُ لِّ شَ ءًٍْ عَلِ م (Surah An-Nisa: 176)
Maksudnya :
“Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu”.

Firman Allah S.W.T.. :
إِنَّ اللَََّّ لََ خٌَْفَى عَلَ هٌِْ شَ ء فِ الْأَرْضِ وَلََ فِ السَّمَاءِ (Surah Ali-Imran: 5.)
Maksudnya :
“Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi mahupun di langit”.

Firman Allah S.W.T. :
هُوَ اللََُّّ الَّذِي لََ إِلَهَ إِلََّ هُوَ عَالِمُ الْؽَ بٌِْ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِ مٌُ (Surah al-Hasyr: 22)
Maksudnya :
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang”.

Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Qur‟an.

Satu aqidah tentang al-Qur‟an yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-Qur‟an adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi :
أن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستف ضٌةة بةل المتةواترة الدالةة بصر حٌها على وقوع التحر ؾٌ ف القرآن
Terjemahannya :
“Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Qur’an.” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31)

Aqidah al-Imamah dan al-Walayah

Kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma‟asum serta wajib ditaati. Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syiah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Kepercayaan ini terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:
عن فض لٌ بن سٌار، عن أب جعفر عل هٌ السلام قال: بن الَسلام على خمس على الصلاة والزكاة والصوم والحج والولَ ةٌ ولم نٌاد بشئ كما نودي بالولَ ةٌ فؤخذ الناس بؤربع وتركوا هذه عٌن الولَ ةٌ.
Terjemahannya :
Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata beliau : “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil
keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.” (Al-kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 20.)

Aqidah Takfir as-Sahabah

Akidah tentang majoriti para sahabat telah murtad yang tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syiah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syiah yang muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulama‟-ulama‟ mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra – yakni menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin „Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.

Ar-Raj‟ah

Satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama‟ Syiah. Antaranya Syeikh Mufid menyebutkan:
"واتفقت الإمام ةٌ على وجوب رجعة كث رٌ من الأموات"
Terjemahannya :
“Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.”(Awaailu al-Maqaalat, hlm 52)

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara
Jabatan Agama Islam Selangor

No comments:

Post a Comment