Saturday, November 10, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (3)

BAHAYA KEPADA SYARIAT

Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan al-Qur‟an dan as-Sunah.

Jika al-Qur‟an menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” [Surah an-naml: 39] “Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain” [Surah al-An „am: 164], “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” [Surah al-Muddatsir: 38], “Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka” [Surah al-Muddatsir: 41-42], “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” [Surah al-Furqan: 68-70], maka Syiah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.

Mereka meriwayatkan bahawa Ja‟afar as-Sadiq berkata kepada golongan Syiah : “Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun!” [Ar-Raudhah Jilid 8 hlm. 78]

Ja‟afar as-Sadiq berkata kepada Syiah : “Sesungguhnya suratan amalan setiap orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).” [Ibid, Jilid 8, hlm. 31]

Lebih dari itu Ja‟afar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti. [Muqadimah al-Burhan, hlm. 21.]

Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟asum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang melakukan dosa atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosa-dosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok. [Uyunu Akhbari ar-Ridha, Jilid 2, hlm. 236.]

Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka) bahawa Allah berfirman : “Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walaupun ia mengingkariku.” [Muqaddimah al-Burhan, hlm. 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2, hlm. 583]

Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakan haji dengan Syiah kita yang mengerjakannya.” [Tafsir al-Qummi, jilid 1 hlm. 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi, jilid 1, hlm. 135]. Mereka tidak memandang berat kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah mencukupi.

Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W., mereka mengadakan syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya mengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam, menangisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin mut‟ah, mewajibkan khumus atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.

Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat pengampunan dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.

Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husain A.S. (kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima Allah. [Al-Irsyad-Syeikh Mufid, hlm. 252]

Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda : “Seseorang yang menziarahi Husain selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.”

Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi kubur Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana yang diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak jatuh setitik air mata kerana menagisi al-Husain melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan pastilah dia mendapat syurga. [Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2, hlm. 464 – 468]

Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-Ridha (Imam Ma‟asum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke atasnya. Ali ar-Ridha berkata ; “Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi kuburku dan mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya atas neraka.” [Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2, hlm. 227]

Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Ma‟asum yang ketujuh) bahawa beliau berkata : “Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur.” Aku berkata (kata perawi) : “Tujuh puluh haji?” Dia berkata: “70,000 haji.” Kemudian dia berkata : “Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang menziarahinya (Ali) lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di arasyNya.” (Kata perawi) : “Seperti menziarahi Allah di arasy-Nya?” Dia menjawab : “Ya.” [Ibid, jilid 2, hlm. 259]

Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mut‟ah, meminjam dan menyewakan seks dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut‟ah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut‟ah.

Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja‟afar bin Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj‟ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut‟ah kita.” [Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm.
341.]

Untuk menggalakkan amalan Mut‟ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi S.A.W. sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda :
“Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut‟ah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong.”
Ketika Nabi s.a.w mi‟raj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata: “Wahai Muhammad, Allah Tabarakawata‟ala berkata : “Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang melakukan mut‟ah dengan perempuan dari kalangan umatmu.” [Manla Yadhuruhu al-Faqih, jilid 3, hlm. 463]

Perkahwinan Mut‟ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan. [Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah, hlm. 489]

Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya [Tahrir al-Wasilah, jilid 2, hlm. 292] “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak.” [An-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi, hlm. 489, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253]

At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Ja‟afar as-Sadiq A.S. : “Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut‟ah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami.” Dia (Ja‟afar) berkata : “Kenapa kamu selidiki?” [Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253]

Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Ja‟afar (Muhammad al-Baqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: “Apa pendapatmu tentang mut‟ah?” Beliau berkata: “Allah telah menghalalkan dalam kitab-Nya dan melalui Nabi. Ia adalah halal sampai hari kiamat.” Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi berkata : “Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar mengharamkan dan melarang daripada melakukannya?” Berkata Abu Jaafar : “Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya!” Abdullah bin Umair berkata : “Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar.” Abdullah bin Umair berkata, maka Abu Jaafar berkata kepadanya : “Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu.” Berkata perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata : “Adakah engkau suka isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan dan sepupu-sepupu perempuan dilakukan mut‟ah?” Berkata perawi, maka berpalinglah Abu Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya.” [Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 449; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 251.]

Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang boleh dilakukan Mut‟ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata : “Semoga Allah mendamaikan engkau. Berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu.” Beliau menjawab : “Sepuluh tahun.” [Al-Istibsar, jilid 3, hlm.145, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 225, al-Furu‟Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 463.]

Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam [jilid 2 hlm. 186] “Seseorang gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mut‟ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.”

Perempuan boleh dikahwini secara mut‟ah mengikut Syiah tanpa had. Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata : “Berkahwinlah dengan mereka secara mut‟ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan.” [Al-Istibar jilid 3 hlm. 147;Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259.]

Mas kahwin untuk nikah mut‟ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar. [Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 25]

Berkenaan dengan jangka masa mut‟ah itu boleh dilakukan dapat kita ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya : “Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut‟ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan?” Beliau menjawab : “Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu).” [Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460, al-Istibar jilid 3, hlm. 151]

Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut‟ah dengan seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut‟ah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.” [Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460]

Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” [Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141]

Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.

Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang mengamalkan amalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-Khulaili meriwayatkan dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin Yahya : “Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.”
Al-Ridha berkata: “Apa pertanyaan itu?” Aku berkata : “Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya?” Al-Ridha menjawab : “Itu haknya.”
Berkata Safuan : “Maka aku pun bertanya dia : “Adakah engkau melakukannya?” Ar-Ridha menjawab : “Kami tidak melakukannya.” [Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 – 244]

Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab : “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata Nabi Luth A.S. yang dihikayatkan oleh Allah;
قَالَ اٌَ قَوْمِ هَإُ لَ ءِ بَنَاتِ هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ (Surah Hud: 78)
Maksudnya:
“Luth berkata : “Wahai kaumku! Ini anak-anak perempuanku lebih suci untuk kamu.”

Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj.

Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Ja‟afar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi Ya‟afur bahawa beliau berkata : “Aku bertanya Abu Abdullah (Ja‟afar as-Sadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya.” Dia berkata : “Tidak mengapa jika isterinya suka.” Aku pun berkata di mana firman Allah yang berbunyi:
فَؤْتُوهُنَّ مِنْ حَ ثٌُْ أَمَرَكُمُ اللََّّ
Maksudnya :
“Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”Lalu Ja’afar bin as-Sadiq menjawab: “Tempat itu untuk mencari anak.” (Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 414, al-Istibsar jilid 3, hlm. 243)

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara
Jabatan Agama Islam Selangor

No comments:

Post a Comment