Sunday, April 24, 2011

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islam (5)


Penyingkiran dan usaha memburukkan Abdul Hameed

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, negara menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh barat khususnya gerakan Al-Ittihad Wa At-Turaqqi.  Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan di Turki. Di  antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Usmani.


Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang dari jawatankuasa  “Ittihad Wa At-Turaqqi” telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari ‘chariot’nya dan menarik ‘chariot’ itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa “Ittihad Wa At-Turaqqi” dan dari inisiatifnya sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, “Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama.” Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti ‘Turki Muda’ itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan ke atas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai menjadi anggota parti ‘Turki Muda’ dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniyah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah)

Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi ke atas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Sultan Abdul Hamid menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya revolusi 1908 itu.

Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniyah menjadi mudah dan Abdul Hameed tunduk buat sementara waktu kepada parti ‘Turki Muda’. Beliau bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Shariah Islam. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti ‘Turki Muda’) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulamak juga mendapati bahwa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniyah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan: “Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda”. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salonika tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Dunama-Freemason bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam.

Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai ‘Wazir Besar’ dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Shari’ah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salanik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah)

Pertubuhan ‘Al-Ittihad wa At-Turaqqi’ telah menjadikan Salanik sebagai pusatnya. Salanik atau Makedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmani yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi keberagamaan di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salanik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salanik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salanik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. (Ad-Daulah Al-Uthmaniyah Wa As-Syarqu Al-Arabi, halaman 254). Yahudi khasnya Yahudi Dunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Abdul Hameed, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka di Palestin, bumi Islam yang penuh
berkat.

Akhirnya, pada hari Selasa 27hb. April 1909, 240 ahli senat Uthmaniah bersetuju di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan (Natonal Youth Turks) untuk menyingkirkan Abdul Hameed daripada kuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali di Istanbul menulis fatwa penyingkiran itu. Senat Uthmaniah pula mengesahkan penyingkiran itu. Ini adalah terjemahan fatwa tersebut (Asrar Al-Inqilab Al-Uthmani, Mustafa Turan) :-

"Jika Imam orang-orang Islam menangani isu-isu Ad-Deen (cara hidup, agama) yang penting daripada buku-buku syar’iyah (perundangan) dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan baitul mal (perbendaharaan negara) dan terlibat dalam perjanjian yang menyalahi syar’iyah (undang-undang Islam), membunuh, menangkap dan membuang negeri terhadap rakyat tanpa sebab, kemudian berjanji untuk tidak melakukannya lagi tetapi masih melakukannya untuk merosakan keadaan orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Maka pemimpin ini perlu disingkirkan dari jawatannya. Jika penyingkirannya akan mendatangkan keadaan yang lebih baik daripada pengekalannya, maka dia mempunyai pilihan untuk berhenti atau disingkirkan daripada jawatannya".

At-Tauqi’
(Tandatangan)
Sheikh Al Islam Mohammad Dia'Ad-Din Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapa sahaja boleh melihat keterangan-keterangan di dalamnya tidak menepati perbuatan dan tindakan Abdul Hameed, selepas itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan itu. Dia (Abdul Hameed) enggan untuk berbuat demikian (berhenti). Maka mereka menghantar sekumpulan empat orang ke Istana Yildiz iaitu  Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), Asad Tobatani dan Emanuel Croussow (Yahudi). Apabila mereka masuk ke dalam pejabatnya, mereka mendapatinya sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, kemudian Asad Tobatani maju ke hadapan dan berkata "Ummah telah menyingkirkan tuan dari jabatan", Abdul Hameed marah dan berkata "Ummah telah menyingkirkan aku dari jabatan , ia tak mengapa.. tetapi mengapa kamu membawa Yahudi ke pejabat Khalifah?", sambil menunjuk kepada Cruossow.

Jelas sekali itu adalah titik tindakbalas kepada keengganan Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan sekarang mereka menunjukkan kepadanya (Abdul Hameed) bahawa mereka (Yahudi) terlibat dalam penyingkirannya. Ini merupakan cabaran kepada maruah Abdul Hameed dan maruah ummat Islam.

Emanuel Cruossow juga adalah seorang pemimpin gerakan Free Mason di Salanik. Sebelum ini beliau pernah diusir oleh Abdul Hameed dari Istana Yildiz setahun sebelum Abdul Hameed diberhentikan. Ketika itu ia meminta Sultan beberapa hak istimewa di Palestin untuk orang-orang Yahudi. Cruossow juga adalah anggota parti ‘Al-Ittihad wa At-Turaqqi’. Yang menyedihkan dan menyakitkan hati adalah bodohnya kaum Muslimin dan rendahnya taraf berfikir  mereka kerana diamnya mereka terhadap jenayah dan pengkhianatan orang-orang ‘Ittihad’ ketika memberhentikan Khalifah dengan cara rekayasa dan mengasingkannya ke Salanik, tempat yang menjadi pusat Yahudi dan berkumpulnya orang Free Mason. Abdul Hameed telah dikenakan perintah berkurung hinggalah kematiannya dalam tahun 1918. Beliau adalah Khalifah yang Uthmani mutaakhir yang paling berwibawa. Beliau amat pintar dan ikhlas berkhidmat untuk umat Islam. Beliau juga mengambil berat dalam menguruskan hal ehwal umat Islam. Orang-orang ‘Ittihad’ memberhentikan beliau semata-mata kerana mereka melihatnya sebagai penghalang dalam rangka mewujudkan cita-cita mereka.

Berkenaan dengan peristiwa pemecatan beliau, Sultan Abdul Hamid menyalahkan orang Yahudi sebagai pihak yang bertanggungjawab. Hal ini terungkap dalam surat beliau kepada salah seorang gurunya, Syeikh Mahmud Abu Samad yang berbunyi: -

“... Saya meninggalkan keKhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu  melainkan kerana tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh  Organisasi Persatuan yang dikenali sebagai Cun Turk (Jeune Turk) sehingga saya  terpaksa meninggalkan keKhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulangkali agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulangkali yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pound sterling emas. Saya tetap bertegas menolak tawaran  itu. Saya menjawab dengan kata-kata, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. 30 tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

":etelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawapan saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya menanggalkan keKhalifahan dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniyah dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negara Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulangi rasa syukur kepada Allah Ta’ala yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, anda berserta jama’ah yang anda bina boleh memaklumi semua itu".

Wassalamualaikum wr. wb,
22 September,
tandatangan
Pelayan Kaum Muslimin,
Abdul Hamid bin  Abdul Majid

(Carr, 1991, ms 21) (Inthilaq, 1994)

No comments:

Post a Comment