Sunday, April 3, 2011

Perbezaan Memiliki Emas Fizikal Dan Akaun Pelaburan Emas

Kebaikan Akaun Pelaburan Emas (GIA / Gold Saving Passbook)

  1. Beza harga jual dan harga beli rendah. Sekitar 4% sahaja.
  2. Mudah untuk menjual dan membeli. Hanya pergi ke mana-mana cawangan bank yang berkenaan atau secara 'online'.
  3. Risiko kecurian adalah 'zero'.
  4. Harga boleh dipantau di laman web Maybank atau Public Bank.

 Keburukan Akaun Pelaburan Emas 
  1. Tidak boleh digadaikan. Terpaksa jual jika memerlukan wang.
  2. Tidak dapat merasai memegang emas fizikal.
  3. Berkemungkinan tidak dapat kembali wang atau emas jika bank tersebut bankrap.
  4. Cawangan yang kita boleh keluarkan emas fizikal adalah terhad.
  5. Akaun tersebut tidak bernilai jika dibawa ke luar negara. 
  6. Kita tidak mengetahui samada bank tersebut benar-benar memiliki emas fizikal.
  7. Hanya boleh mengeluarkan emas fizikal dalam berat tertentu. Contoh: dalam akaun ada 56gram emas, emas fizikal yang kita boleh dapat hanya 50gram. Baki tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk emas.
Kebaikan Memiliki Emas Fizikal Public Gold
  1. Beza harga jual dan harga beli yang rendah, sekitar 5-6%.
  2. Boleh digadaikan jika memerlukan wang atau sebagai pusingan modal.
  3. Agen public gold sedia membeli kembali emas jika anda ingin menjual.
  4. Syarikat masih membeli emas anda walau tercalar atau bengkok pada harga biasa.
  5. Pemantauan harga boleh dibuat 24 jam di laman web Public Gold mengikut harga emas semasa dunia.
  6. Bernilai jika dibawa keluar negara. Amat berguna ketika lari dari peperangan.
  7. Memiliki agen di seluruh Malaysia.
Keburukan Memiliki Emas Public Gold
  1. Tidak semua ar-Rahnu menerima emas Public Gold untuk digadai. (Kerana masih baru)
  2. Hanya boleh dibeli dari agen atau cawangan Public Gold.

No comments:

Post a Comment