Tuesday, March 8, 2011

Zakat Emas dan Perak

Jika kita ada simpanan emas yang banyak, jangan lupa bayar zakat ye..

Islam mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Ini kerana sifat-sifat emas dan perak yang unik dan banyak manfaat.
Oleh itu, zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Zakat Emas


KENAPA KITA KENA BAYAR ZAKAT:

Firman Allah s.w.t:
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

BAGAIMANA NAK MENGIRA ZAKAT EMAS & PERAK:

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. Pengiraan zakat mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Perak ialah sebanyak 500 gram
    • Contoh: Emas 900 gram, Kadar uruf 500 gram
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      (900 gram - 500 gram) x RM150 = RM60000 x 2.5% = RM1500
      atau 400 gram x 2.5% =10 gram (lebih afdal membayar dengan emas kerana duit kertas mudah berubah nilai).
  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      40 Dinar (170 gram) x RM150 = RM13500 x 2.5% = RM337.50
      atau 40 dinar (170 gram) x 2.5% = 1 dinar (4.25 gram) (lebih afdal membayar dengan emas kerana duit kertas mudah berubah nilai).
    • Perak
      • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
      • Contoh:
        800 gram perak x RM2.00(segram) x 2.5% = RM40
        atau
        800 gram x 2.5% =20 gram (lebih afdal membayar dengan perak kerana duit kertas mudah berubah nilai).
    Bagi mereka yang berkemampuan dan tergolong dalam ketegori orang-orang di atas, wajiblah mengeluarkan zakat emas dan perak. Ingatlah kita bukan hanya di wajibkan membayar zakat fitrah semata-mata. Wallahualam..

    No comments:

    Post a Comment