Sekarang telah masuk tahun 2011.Hampir semua orang merancang sesuatu untuk tahun 2011 ini. Dari peringkat individu, organisasi, kumpulan, syarikat, kampung, negara dan lain-lain lagi sibuk merancang untuk masa depan. Malah Islam menggalakkan kita merancang supaya kita tidak hilang arah.
Lihatlah contoh dari sirah nabi Muhammad kita, perancangan untuk berhijrah ke Habsyah dan Madinah dilakukan dengan teliti disamping petunjuk dari Allah. Persediaan untuk peperangan seperti mencari kedudukan strategik, penggalian parit antara contoh merancang yang pernah dilakukan. Seperti contoh-contoh ini, kita perlu merancang objektif terlebih dahulu sebelum merancang kerja. Apa matlamat yang kita ingin perolehi akan memudahkan kerja kita.
Perancangan perlu dibuat untuk jangka masa pendek dan panjang. Kita perlu matlamat yang besar untuk maju. Matlamat kecil hanya menyempitkan fikiran kita. Lihat pada Rasulullah, bercita-cita membebaskan al-Aqsa selepas membebaskan kota Mekah. Dengan itu, baginda dapat meneruskan semangat jihad para sahabat agar tidak terhenti selepas membebaskan Mekah.
Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang berjaya haruslah mempunyai cita-cita yang besar yang dapat memacu pergerakan organisasi, keluarga, atau negara. Barulah pekerjaan kita menjadi besar dan tidak terhenti apabila matlamat-matlamat yang kecil tercapai.
No comments:
Post a Comment