Sunday, October 27, 2013

Melayu Sepakat Islam Berdaulat (3)

Adakah mungkin Ketuanan Melayu ada bermaksud bahawa kekuasaan, pemerintahan mesti dipelihara oleh bangsa yang duduk di tanah tersebut?

         Bagi kita orang Islam, menganggap diri kita lebih berhak, lebih layak memimpin di bumi Malaysia ini, itu adalah pendirian yang sejajar dengan pandangan Islam. Islam diturunkan untuk menjadikan kita umat yang mengatasi umat lain dari segi kepimpinan. Kita memimpin bangsa lain kerana hidayah, rahmat dan Islam yang kita bawa. Sebenarnya akidah dan pemahaman Islam menjadikan orang Islam merasa diri mulia, dilantik oleh Allah untuk menjadi pendakwah, pemimpin bangsa lain dan umat lain

         Jadi dalam konteks ini, menganggap diri kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam sebagai pemimpin, peneraju, dan bertanggungjawab membawa hidayah kepada bangsa-bangsa lain adalah suatu yang bertepatan dengan Islam. Ia merupakan satu matlamat, satu tujuan, satu pemikiran yang sangat mulia dan tidak bercanggah dengan mana-mana nilai ajaran ataupun konsep dalam Islam sendiri.

Sumber : Buku 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat dikeluarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

No comments:

Post a Comment