Sunday, December 4, 2011

SEJARAH DAN KEUTAMAAN PUASA `ASYURA

Sekarang kita berada di bulan Muharram, pada awal tahun baru hijriyah. Berdasarkan dalam beberapa hadis, terdapat anjuran daripada Rasulullah SAW kepada umat Islam untuk berpuasa pada tanggal sepuluh bulan Muharram. Tanggal sepuluh bulan Muharram biasa disebut dengan Hari ’Aasyura (Hari kesepuluh bulan Muharram).

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa pada hari ’Asyuura. Lalu beliau bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari itu. Mereka pun menjelaskan bahawa hal itu untuk memperingati hari dimana Allah SWT telah menolong Nabi Musa as bersama kaumnya dari dikejar Firaun dan bala tenteranya. Bahkan pada hari itu pula Allah telah menenggelamkan Firaun disebabkan kezalimannya terhadap Bani Israil. Mendengar penjelasan itu, maka Nabi SAW pun menyatakan bahawa ummat Islam jauh lebih berhak daripada kaum Yahudi dalam mensyukuri pertolongan Allah kepada Nabi Musa as. Setelah itu, baginda pun menganjurkan kepada kaum muslimin agar berpuasa pada hari ’Asyuura.



Sesungguhnya Rasulullah SAW tiba di Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Hari apakah ini sehingga kalian berpuasa padanya?” Mereka (kaum Yahudi) menjawab: ”Ini adalah hari agung dimana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Firaun beserta kaumnya, lalu Musa berpuasa pada hari itu sebagai ungkapan syukur sehingga kami pun berpuasa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: ”Kami (kaum Muslimin) lebih berhak atas Musa daripada kalian (kaum Yahudi). Maka Rasulullah SAW pun berpuasa dan menyuruh (kaum muslimin) berpuasa.” (HR Muslim)
Abu Musa Radhiallaahu `anhu berkata : “Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan mereka menjadikannya sebagai hari raya, maka Rasulllah Sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasalah kamu pada hari itu
Hadith ini diriwayatkan Imam Al Bukahri 4/244, 7/274, Muslim 2/796, Nasa’i dalam Al-Kubra 2/322 dan Al-Baihaqi 4/289.

Bahkan digambarkan di dalam hadis lainnya bahawa Nabi SAW sangat mengutamakan puasa pada hari ke sepuluh bulan Muharram tersebut. Ibnu Abbas meriwayatkan kesaksiannya sebagai berikut:

Ibnu Abbas berkata: “Aku tidak tahu Nabi SAW menitikberatkan puasa satu hari yang lebih diutamakannya ke atas yang lainnya selain hari ini (Hari ’Asyuura) dan bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR Bukhary dan Muslim)  
Puasa yang paling afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan ALLAH yang diharamkan (Muharram). Solat yang paling afdhal selepas solat fardu ialah solat malam”. (HR Muslim)

Lalu apakah fadhillah (keutamaan) berpuasa pada hari ’Asyuura ini? Nabi Muhammad SAW berdoa agar sesiapa yang berpuasa ’Asyuura, agar Allah mengampuni dosanya selama satu tahun yang telah berlalu.

Rasulullah SAW bersabda: ”Puasa hari ‘Asyura, aku memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Ini bererti, puasa Muharram (‘Asyura) sangat bermanfaat bagi sesiapa pun. Ini kerana kita sebagai manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Dan sudah barang tentulah bagi setiap orang yang bertaqwa, sangat gemar untuk memperolehi keampunan daripada Allah SWT, seterusnya ingin meraih syurga yang luasnya adalah seluas langit dan bumi. 

”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”  (Ali Imran : 133)

Untuk tahun ini jika tanggal satu Muharram 1433 Hijriyyah jatuh pada hari Ahad 30 November 2011, bererti hari ’Asyura insyaAllah bertepatan dengan hari Selasa bersamaan 6 Disember 2011. Semoga Allah memberi izin dan kekuatan, serta memberkahi kita semua untuk melaksanakan puasa ’Asyura pada tahun ini. Amin ya Rabb.

Namun demikian, perlu diingat bahawa sekuat mana pun anjuran Nabi SAW akan keutamaan puasa ’Asyuura, hukumnya tetap sunnah. Maksudnya ia tidak wajib dikerjakan. Berkenaan hal itu, Rasulullah SAW bersabda:
Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai hari ‘Asyura: “Ini merupakan hari dimana kaum jahiliyyah biasa berpuasa. Maka barangsiapa yang suka silakan berpuasa. Dan barangsiapa yang ingin meninggalkannya, maka tinggalkanlah.” Dan Abdullah tidak berpuasa (pada hari ‘Asyura) kecuali jika Nabi SAW berpuasa". (HR Muslim) 

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment