Sekarang kita berada di  bulan Muharram, pada awal tahun baru hijriyah. Berdasarkan dalam  beberapa hadis, terdapat anjuran daripada Rasulullah SAW kepada umat  Islam untuk berpuasa pada tanggal sepuluh bulan Muharram. Tanggal  sepuluh bulan Muharram biasa disebut dengan Hari ’Aasyura (Hari  kesepuluh bulan Muharram).
Suatu ketika Nabi Muhammad SAW mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa  pada hari ’Asyuura. Lalu beliau bertanya mengapa mereka berpuasa pada  hari itu. Mereka pun menjelaskan bahawa hal itu untuk memperingati hari  dimana Allah SWT telah menolong Nabi Musa as bersama kaumnya dari dikejar Firaun dan bala tenteranya. Bahkan pada hari itu pula Allah  telah menenggelamkan Firaun disebabkan kezalimannya terhadap Bani  Israil. Mendengar penjelasan itu, maka Nabi SAW pun menyatakan bahawa  ummat Islam jauh lebih berhak daripada kaum Yahudi dalam mensyukuri  pertolongan Allah kepada Nabi Musa as. Setelah itu, baginda pun  menganjurkan kepada kaum muslimin agar berpuasa pada hari ’Asyuura.