Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah
Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan. (Gelaran ‘Orang Sakit Eropah’ telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka.
 |
| Gerakan Turki Muda |