- Beza harga jual dan harga beli rendah. Sekitar 4% sahaja.
- Mudah untuk menjual dan membeli. Hanya pergi ke mana-mana cawangan bank yang berkenaan atau secara 'online'.
- Risiko kecurian adalah 'zero'.
- Harga boleh dipantau di laman web Maybank atau Public Bank.
Keburukan Akaun Pelaburan Emas
- Tidak boleh digadaikan. Terpaksa jual jika memerlukan wang.
- Tidak dapat merasai memegang emas fizikal.
- Berkemungkinan tidak dapat kembali wang atau emas jika bank tersebut bankrap.
- Cawangan yang kita boleh keluarkan emas fizikal adalah terhad.
- Akaun tersebut tidak bernilai jika dibawa ke luar negara.
- Kita tidak mengetahui samada bank tersebut benar-benar memiliki emas fizikal.
- Hanya boleh mengeluarkan emas fizikal dalam berat tertentu. Contoh: dalam akaun ada 56gram emas, emas fizikal yang kita boleh dapat hanya 50gram. Baki tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk emas.
- Beza harga jual dan harga beli yang rendah, sekitar 5-6%.
- Boleh digadaikan jika memerlukan wang atau sebagai pusingan modal.
- Agen public gold sedia membeli kembali emas jika anda ingin menjual.
- Syarikat masih membeli emas anda walau tercalar atau bengkok pada harga biasa.
- Pemantauan harga boleh dibuat 24 jam di laman web Public Gold mengikut harga emas semasa dunia.
- Bernilai jika dibawa keluar negara. Amat berguna ketika lari dari peperangan.
- Memiliki agen di seluruh Malaysia.
- Tidak semua ar-Rahnu menerima emas Public Gold untuk digadai. (Kerana masih baru)
- Hanya boleh dibeli dari agen atau cawangan Public Gold.
No comments:
Post a Comment