Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau   kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala  saja,  yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang  manusia  yang   lain,  maka  untuk   bertaubat  itu  harus menetapi tiga macam  syarat,  iaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga  -dari  kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal  kerana telah melakukan  kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak  akan kembali mengulangi perbuatan  maksiat itu untuk selama-lamanya.  Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut  di atas itu ada yang  ketinggalan maka tidak  sahlah taubatnya.

