Bismillah..
Waktu yang kita miliki adalah sama 24 jam. Yang berbeza hanyalah bagaimana kita menggunakan waktu yang diperuntukkan kepada kita. Menurut Nabi, purata umur umatnya sekitar 60 tahun.
Marilah kita ambil sedikit waktu untuk mengira waktu kita. 60 saat dalam 1 minit, 60 minit dalam 1 jam, 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu dan seterusnya. Jika kita berumur 60 tahun, secara purata masa tidur kita 8 jam sehari; maka kita telah tidur dalam 20 tahun. Pada saya perkara ini berlaku pada kebanyakan orang. Apakah kita termasuk dalam golongan di atas?
Sama-samalah kita beringat, ada tiga perkara yang tidak dapat kita kembalikan:
1. kata yang telah diucapkan
2. waktu yang telah berlalu
3. peluang yang diabaikan
Look deep into nature, and then you will understand everything better
Wednesday, November 24, 2010
Sunday, November 14, 2010
Sepanjang Saya Membeli Emas, Sudah Untungkah Saya?
Artikel emas saya kali adalah perkongsian pengalaman saya membeli emas. Kali pertama saya membeli emas adalah pada Julai 2010. Mari kita lihat pergerakan harga emas dalam 6 bulan yang lepas.
Monday, November 1, 2010
Masa Usia Kita
Ramai manusia bercerita tentang masa. Masa untuk makan, berniaga, bekerja, beribadat, menulis, makan, berhibur dan sebagainya. Apa itu masa?. Pernahkah kita berfikir tentang masa-masa kita yang telah berlalu?.
Masa adalah detik-detik yang sentiasa berlalu. Manakala waktu adalah jangka masa antara suatu detik dengan detik yang akan tiba. Di dunia ini, masa yang berlalu ialah sejarah dan kenangan yang telah terjadi, masa sekarang ialah anugerah dan peluang yang boleh digunakan dan masa hadapan ialah cita-cita dan harapan yang tidak ada kepastian.

Subscribe to:
Posts (Atom)