Monday, November 26, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (4)

BAHAYA KEPADA AKHLAK

Kebiadaban dan penghinaan

Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar daripada Nabi S.A.W. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali : “Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.” [Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5, hlm. 511.].

Saturday, November 10, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (3)

BAHAYA KEPADA SYARIAT

Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan al-Qur‟an dan as-Sunah.

Jika al-Qur‟an menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” [Surah an-naml: 39] “Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain” [Surah al-An „am: 164], “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” [Surah al-Muddatsir: 38], “Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka” [Surah al-Muddatsir: 41-42], “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” [Surah al-Furqan: 68-70], maka Syiah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.

Friday, November 9, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (2)

BAHAYA KEPADA AQIDAH

Aqidah Syirik Dengan Allah

Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”(al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409) Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Qur‟an yang berbunyi :

"إن الأرض لله وٌثرها من شٌآء من عباده" (Surah al-„Araf: 128)
Maksudnya :
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya”.

Sunday, November 4, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA (1)

MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”(Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.)