Thursday, October 21, 2010

Perbezaan Nilai Emas Dan Perak Berbanding Wang kertas

Dalam artikel emas yang lalu telah saya terangkan mengenai perbezaan ciri fizikal emas dan perak berbanding wang kertas/polimer. Artikel kali ini adalah untuk menyingkap kelebihan emas dan perak berbanding wang kertas dari segi nilai.

Mari kita buka fikiran kita sebentar. Letak dihadapan mata anda emas yang anda miliki atau pinjam daripada ibu atau isteri. Di sebelah emas itu anda letak wang kertas anda yang sama nilai dengan emas tadi. Adakah sebenarnya wang kertas tadi benar-benar sama nilainya dengan emas tadi? Jawapannya mesti tidak.


Emas ialah logam yang dipandang tinggi oleh manusia malah di sebut dalam al-Quran tidak mungkin sama nilainya dengan kertas yang dicetak oleh manusia. Nilai emas adalah sama di seluruh dunia tetapi wang kertas yang dari pokok yang sama tetapi dicetak dalam RM10 kurang nilainya berbanding yang dicetak USD10. Tidakkah pelik?

Thursday, October 14, 2010

Kisah Sahabat: Abdul Rahman Auf Orang Kaya Berpendirian Mulia


SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.
Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.
Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian.”

Sunday, October 10, 2010

Perbezaan ciri fizikal wang kertas dengan dinar dan dirham (emas dan perak)

Dalam artikel lepas telah saya komen satu artikel dalam akhbar online berkaitan system wang kertas yang mengalami kejatuhan akhir-akhir ini. Kali ini saya hanya ingin berkongsi kelebihan fizikal emas dan perak. Mari kita sama-sama melihat ciri-ciri fizikal wang kertas, dinar dan dirham.

Mari kita lihat wang kertas yang ada dalam simpanan kita. Ambil RM10 dan RM5 dan kita lihat. Dari bahan apakah ia dibuat? Jawapannya sudah tentu kertas untuk RM10 dan polimer untuk RM5. Maka cirri-ciri yang ada pada sehelai kertas A4 semestinya sama dengan RM10.

Sama-sama kita berfikir sejenak perkara ini. Wang kertas yang kita miliki sudah tentu mudah musnah seperti sehelai kertas walaupun berkualiti tinggi. Boleh dimusnahkan dengan dikoyak berkali-kali, digunting kecil-kecil atau dibakar menjadi abu. Kertas juga boleh reput dan dimakan serangga. Bayangkan apa yang berlaku pada wang kertas dalam simpanan kita jika berlaku kebakaran.